بسم الله
السلام عليكم
Hye there! 2 minggu tinggal kan bandung, baru laa nie nak updated. Okay sebelum tu kenapa kami pilih utk bercuti di "BANDUNG, INDONESIA" ? Sebab utama nya, bandung salah satu tempat yg wajib dilawati dan terkenal dengan syurga membeli belah. So, siapa yg kaki shopping macam kami, boley la habiskan duit korang di bandung. Serius! Tak rugi kesana. :)
Hari Pertama :
Flight dari KLIA2 - BDO pukul 6.30am. Pukul 2:00am aku da terpacak di KLIA2 sambil tunggu Cika & Hasniey. Pukul 4:00am kami terus check-in dan terus ke International Departures. Dalam hati macam tak percaya yg akhirnya kami bertiga kesana w/o Boy! Dengan takde pengalaman bercuti dinegara orang. Tapi Alhamdulillah, kami pandai bawa diri di tempat orang. Tepat pukul 6:20am, kami dibenarkan masuk kedalam pesawat, hati mula la rasa semacam. Perjalanan kami mengambil masa 2jam. Cuaca yg baik dan Allah permudahkan perjalanan kami. Setelah tiba di Lapangan Hussein Sastranegara, Bandung kami terus dibawa ke Kampiun Cafe utk breakfast. Aku try Pancake Butter dan Teh Tarik Bandung. Serius, sedap ya amat, pancake dia lembut dan gebu. Tapi makanan dekat Kampiun cafe memang puas hati dan harga memang berpatutan. Lepas makan, perut pun udah kenyang to max, kami terus ke Pasar Baru. Hoyeahh! Shopping time. Hahaha Sampai je pasar baru, apa lagi otak ni jadi gila tengok kain. Murah jangan cakap, kalah harga dekat malaysia. Macam macam ada dalam pasar baru tu, telekung, jubah lelaki / perempuan, batik, dan segalanya ada. Kedai pertama yg kami serbu ialah kedai CHANDNTYA. Macam macam jenis kain ada, yg mahal, murah semua ada. Ikut pada bajet korang. Dekat sana je da dekat 1juta lebih habis. Itu baru Kain, kalau termasuk semua nya dekat 3juta. Jangan terkejut sangat. Itu pun aku cuba kawal nafsu taw. Sebab fikirkan baru hari pertama. Kemudian, kami ke Rumah Kain tapi nama jalan lupa la sorry, lagi pun kami tak lama dekat sana sebab harga dia mahal berbanding Rumah Kain jln Kopo. Lunch time, kami dibawa makan di Kedai Pak Chi Met . Ehemm, nama yg tang ujung tu teringat dekat seseorang. Menu di kedai Pak Chi Met ialah seperti Ikan Bakar, Ayam Bakar dan lain lain. Aku try Set Ayam Komplit (Nasi Putih + Ayam goreng + Tempe + Teh Botol ) Rp. 50,000. Done my lunch, kami teruskan perjalanan kami ke Heritage (The Factory Outlet) & The Secret. Tapi disana kami cuma jalan jalan dan bergambar. Mungkin Harga disana sama seperti di JPO. Kepenatan kami tak terkata, dengan seharian berjalan. Kaki nie kalu boleh bercakap, mesti da bebel cakap penat! :D So, kami decide untuk check in hotel dan berehat. 15minit hotel kami ke pekan bandung. Mungkin hotel yg kami pilih tidak berapa strategik. Jauh untuk ke shoping mall. But it's sokay, belajar dari kesilapan gitu. *sedapkan hati*
KLIA2
Lapangan Hussein Sastranegara, Bandung
Kampiun Cafe
Pak Chi Met
Cassadua Hotel
To be continue... :) Sabar naaa :D
No comments:
Post a Comment