Thursday, 14 May 2015

#Bercuti di Bandung 2015- PART 04 -

بسم الله‎
 السلام عليكم

Last entry berkaitan BANDUNG ! Aku janji, ini LAST entry berkaitan bandung. So, jom layan bebelan aku dalam entry nie. :) 

Hari Ketiga / Terakhir :
Hari terakhir dibandung,tak sangka da nak balek malaysia. huhuh sedih! Lagi sedih bila nak turun kan luggage yg berat. Dala Lif takde. Aihh azab shoping! Settel check out, kami ke tempat prosesnya Kopi Luwak @ Musang. Mesti ramai yg was was dgn kopi nie kan? Weolls pun memula mcm tula, tertanya halal ke idok ? Tapi bila da diterangkan cara pembuatan kopi luwak nie, kami pun cuba secawan. Kalau korang nak tahu lebih details kena la mai dgr dan rasa kesedapan kopi luwak nie :) Memang lain dari kopi biasa. aku bg 3****. Okay, next kami teruskan perjalanan ke Floating Market Lembang , Alaa macam dekat Vietnam pasar terapung, macam tu juga la, tapi floating market nie lain. Tempatnya sejuk dan subhanallah, pemandangan mmg cantik. Lelagi bila bergambar. Back to the topik asal, korang diwajibkan membayar tiket seorang Rp 10,000, dan tiket Kenderaan Rp 5,000. Tiket tersebut boleh ditukarkan dengan welcome drink di pintu masuk. Menariknya disini, mereka menggunakan "koin" yg digantikan dengan wang. Macam-macam jenis makanan ada, excited nak try semuanya. Biasala, bila di negara orang kenala cuba makanan mereka kan, kalau tak rugi la nanti. :)
So, selesai tawaf FML, perut pun kenyang, kami decide lunch di KAMPUNG DAUN. Since Kg. Daun located dgn FML, so kami plan mmg nak dinner disini, tp memandangkan masa tidak mencukupi, maka demikian, dinner kami bertukar kepada lunch. Serius wey! tempat yg unik, sejuk ,tenang dan damai je. Sesuai utk keluarga yg inginkan ketenangan. Sebelum melangkah ke pondok idaman korang, korang wajib ke kaunter reserve, lepastu, korang dapat no. pondok dan kemudian baru la pelayan datang hantar menu. :) Kenyang perut kami dengan makanan yg enak, kami ke Rumah Mode. Tapi disana tak shopping pun cuma bergambar jee. See, saving duet Ke Jln Cihampelas, syurga jeans dan sepanjang deretan menjual jeans wanita/lelaki, tapi bukan Original la. Haaa! Korang jangan terkejut kalau ternampak patung besar seperti spiderman, ironman, Hulk, Aladin dan macam macam jenis animasi ada disana. Dekat sana aku da habiskan Rp 350,000 . Memang murah habis wey! Naseb fikirkan luggage yg da Over muatan! Hahah. Last destinasi, kami ke Kartika Sari, Jln Dago. List barang yg nk dibeli memang da lama siap. So, bajet mmg tahu la berapa akan habis disana. Dekat sana aku habis kn duit sebanyak Rp 600,000 tak sampai sejuta lagi. Bermacam jenis brownies ada wey, tahan air liuq jee. Nk beli byk nanti takut tak lepas muatan. Huhuh So, beli apa yg sepatutnya aku beli. :) Dinner utk yg terakhir di bandung, kami ke The Stone Cafe untuk menikmati pemandangan sekitar bandung. Alaa macam dekat KLCC la. Harga ? Bagi aku boleh tahan la. Tak mahal dan tak kurang. Just Nice :D Pukul 10:30pm, kami check in hotel ke-dua, Orange's Hotel. Sesi kemas mengemas ape yg patut, sampaikan tetidor. Naseb la jam alarm kejutkan kami,kalau tak terlepas flight laaa. Sampai Airport pukul 5:00am, check in luggage, naseb baek ngam ngam 75kg. kalau tak nanges! Sayu je hati nie bila tinggal kn Bandung, byk lg tempat menarik yg tak habes ku jajah. InsyaAllah, dipanjangkan umur akan kesana lagi. :) 

Kopi Luwak

Floating Market Lembang

Kampung Daun


Rumah Mode

Jln Cihampelas

Kartika Sari

The Stone Cafe

Orange's Hotel

Balik MALAYSIA


Pengalaman :
Pengalaman yg tak boley dibeli dengan wang ringgit. Seronok sepanjang bercuti di sana. Walaupun masa kami disana amatla terhad. Banyak yg kami belajar, antaranya cara hidup, sosial dan budaya mereka memberikan pengalaman buat kami. Di bandung, terdapat ramai penjual jalanan yg menjual pelbagai cenderamata. Dorang ni akan ikut je kemana kita pergi supaya kita beli barang yg dorang jual. So, Korang buat  tataw je. Buat macam tak ada apa yg jadi. Macam aku kt sana, buat tak nampak, tapi hakikat nya kesian pun ada. :( Hati kena sado wey! Part paling penting, hati-hati dengan penyeluk saku. pastikan galas beg ke depan atau beg silang kehadapan terutamanya di Pasar Baru dan tempat yg ramai penjual jalanan. Minuman paling famous di bandung ialah TEH BOTOL. Memang sedap la. Korang kena try baru tahu kesedapan Teh Botol :)

Okay la, panjang berjela aku bebel. Mesti bosan kan? Harap dgn entry kali nie dapat membantu korang disana nanti. Sharing is caring kan. Selamat bercuti , Bye.. :)

" Once a YEAR, go someplace you're never been before "

1 comment:

Bimo Mekarwangi Tour said...

PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

Special offer 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer .

Rate per Kereta per Day :

# Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
Rate: IDR 400.000 or RM 115

# Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
Rate: IDR 550.000 or RM 160

# Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
Rate: IDR 650.000 or RM 185

# Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
Rate: IDR 850.000 or RM 245

# Toyota Hiace commuter (12 seat)
Rate: IDR 850.000 or RM 245

*Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
*Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
*Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
*Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
*Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

Terimakasih,
Bimo Mekarwangi Tour

Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
Email : bimomekarwangi@gmail.com
Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport