Thursday, April 30, 2015

#TIPS BANDUNG 2015 - PART 01 -

بسم الله‎
 السلام عليكم

Hye There! Entry kali nie berkaitan Tips bercuti ke Bandung. Mostly kalau korang search goggle "Tips ke Bandung" sure byk entry yg share pasal bandung. Sama juga dgn aku. Beberapa bulan sebelum nak kesana, banyak juga yg aku research. Alhamdulillah. Semua dipermudahkan. Terima kasih En.Google. Tapi sebelum itu, kami diduga dgn beberapa ujian. 

Pertama, sepatutnya kami berEmpat kesana (Nad, Has, Cika & Ayu) tp disebabkan masalah kesihatan dan ayu tidak dibenarkan ke luar negara, Maka, kami terpaksa pergi berTiga. Sedih itu harus la. Sebab plan da lama kan. Tapi apa kan daya, Kesihatan lebih penting. Maybe next vacation kami BerEmpat kembali. InsyaAllah

Kedua, Flight dari KLIA2 - BDO di postpone ke satu harinya lagi. Okay! Masa terima email dari AA, macam nak nangis! kenapa ? waktu kami disana terlalu singkat. Setelah berbincang, kami extnd date balek ke sehari nya lagi. Bermaksud ikut plan asal cuma date bertukar. Alhamdulillah settel tang Flight. Lega!

Last Ujian, Hotel. Hotel tak boleh tukar date asl ke date baru sebab kan date yang kami nak fully booked. Dan, kami terpaksa pindah ke hotel lain. Maksud disitu, DUA hotel kami harus check in! Selesai la segala masalah. Lega!

Back to the topik asal,  sangatlah penting untuk korang berada disana. sebelum berlepas haruslah study hard dulu tentang tempat korang nak pergi. Jom tengok beberapa Tips. 


1.) Tiket Flight 
Tiket penerbangan aku masa pergi dan balik boley kira murah la. Pergi kami ambil promosi tambang murah, dan balik harga normal. If korang nak yang murah, haruslah rerajin singgah di web AirAsia. Perancangan awal itu harus dilakukan kerana AirAsia selalu je buat promosi tambang murah. Macam kami bulan Oct 2014 da beli sesiap tiket flight. :)

2.) Luggage / Baggasi
Actly, niat kesana ialah nak habis kan duit atau erti kata lain, SHOPPING ! So, abaikan niat korang nk bawa berpuluh pasang baju. Just bawa dua helai baju , dua helai shawl dan satu jeans pun da kira ngam la, selebihnya boleh beli kat sana sebab harganya murah. Masa nak fly dari KLIA2 - BDO kami ambil 45KG atas dua nama. Al-maklumla, setiap orang bawa dua luggage size M & S. So takut jugak terlebih berat kee. Tapi Balik dari BDO - KLIA2, setiap sorang 25KG. Alhamdulillah, ngam ngam 75kg untuk 5 Luggage. 

3.) Hotel
Selepas booking flight tiket, kami booking HOTEL. itu perkara kedua yg wajib taw! Macam kami, kami terus ke Air Asia Go. Senang, just pick the date dan cari hotel dengan harga yg budget, so pandai-pandai je pilih yang mana sesuai dengan budget korang ya. Tapi macam kami, harga mmg berpatutan. Kedua dua hotel yg kami stay,tak berapa mahal. Lagi pun kami kesana cuma nak bermalam. 
1st Hotel, Cassadua Hotel, Bandung (Harga anda boleh share dgn rakan sebilik ya)

 
2nd Hotel, Orange Home's Syariah  Hotel, Bandung (Harga anda boleh share dgn rakan sebilik ya)

4.) Supir
Tang supir, kami serahkan sepenuh kepercayaan kami ke cika (Haziqah), totally, selepas booking flight & Hotel, kami terus cari supir. Untuk memudahkan kami nanti. Harga mengikut harian dan jenis kereta. Macam kami, Kereta APV untuk 3 orang , mmg selesa la. Dan supir nya pun best. Melayan perangai kami yg gila bergambar. 
Hari Pertama - Hari Ketiga = RM125 (Sehari) * 3 (hari) = RM375.00
Hari Terakhir                     = FREE 

Tips                                   = RM30.00
Supir pun boleh share share. Jimat distu :)

5.) Duit / Money Changer
Kalau boley, lebih baik tukar siap-siap duit RP di Malaysia. Lepas tu, asingkan setiap duit, ia lebih memudahkan. :) Macam aku, aku tukar dekat IOI MALL Money Changer. Tapi korang boleh survey lagi money changer yg murah. Tips nak kira duit RP senang sahaja. 
Pertama : 
120,000 RP / 2880 = RM42.00  atau  RP 42,000 / 2880 = RM14.60
Kedua : 
10,000 rp= RM 3                             RM 1= 3000 rupiah
100,000 rp= RM 30                         RM 10= 30,000 rupiah
1,000,000 rp= RM 300                    RM 100= 300,000 rupiah
Ketiga : 
Lebih mudah bawa KALKULATOR ! Tak payah berlagak nak kira guna otak. Otak kita semua ada had limit yang sampai satu tahap akan pening bila banyak sangat 00000 ! Huhuhu. 
Keempat : 
Download la Apps dekat playstore, taip  "Currency  Converter " dalam phone korang. Lebih mudah dan pantas.

RP 1000,000 (sejuta) = RM285.50 


6.) AIRPORT TAX
Masa  kami kesana, AA (Air Asia) da include Airport TAX, so tak perlu lagi bayar.

** Notes : BERMULA 1 MAC 2015 , Airport Tax telah pun dicaj didalam tiket penerbangan anda. **

7.) Passport

Ini paling paling penting! Check date expired passport korang tu before nak berjalan sakan. DAN, paling penting kepada peminjam PTPTN atau bekas Pelajar yg telah meminjam PTPTN, Korang boley la check semakan "Status Perjalanan" di SINI !


8.) Adapter

Adapater ? Tersangat la penting okay! Sebab disana plug mereka lain dari yg lain. Alaaa, just cari Travel Adapter kat kedai , sure jumpa.


9.) Ubat - Ubatan

Make sure segala ubat - ubatan dibawa. Seperti Panadol Activefast, Minyak Angin (Cap Kapak) atau berkaitan denganya. Sila la bawa ya. Sebab disana ubat mereka tak sama macam di malaysia. Takut nanti korang tak biasa. :) 

10.) Kasut 

Kasut ? For me, lagi better korang pakai kasut comfort dan selesa. Sebab bila disana, sure korang akan berjalan sakan tanpa henti kan ? Tak perlu la berHeel / Wedge bagai, buat penat kaki korang je nanti. :) 


So, kesimpulan nya, antara BUDGET kami mmg mengikut kemampuan. Tak kurang dan tak lebih. :) Bawah nie, senarai harga yg telah dibahagi ke tiga orang. Happy Holiday Guys! ^_^

Flight Air Asia = RM330.10 
Hotel (Cassadua + Orange) = RM 132.30 
Supir (4h 3m) = RM135.00 
Total = RM 597.40 (Tak termasuk makan dan harga tiket)

Money Changer = RM 2000.00 ( RP 7000,000.00) (Terlebih cukup)


" Life is a trip plan your next vacation. "

12 comments:

diana@dayen said...

assalamualaikum....
hye...boleh tak saya tahu conct supir yg awak pergi bandung ni?
terima kasih...

NaLutdi n'iA said...

Wasalam, boleh. +62 853 5115 9927 (Qimie) atau awk folow FB dia Qimie Tour :)

Unknown said...

@NaLutdi n'iA

fb dia takde la .. boleh ke contact dia dari sini pakai no tu

NaLutdi n'iA said...

@Shadiq Shahri
WASSP dia. boley detect :)

Unknown said...

bandung dh ibarat kampung no2 selain malaysia... so far supir pun jenis xberkira tiap2 kali pegi bagi list dekat supir then die akan bwk kite... xmcm ade stgh2 supir mcm ngelat2 nk bwk mane tmpt yg kite nk pergi...

Unknown said...

Better beli simcard kat mana ehh?

Unknown said...

salam.. boleh tau aktiviti awk spjg di bandung tu? supir yg awk gune tu memang ikut je ke ke mana awk pegi? mksdnye, kalau g makan tu kite kene bayarkan skali ke...

Mama Raisha said...

Salam.. Nak tanya la. Sy x penah gi bandung. Baru nak try bln 5 ni. Kalau pergi sana better pkai pakej tour ke or cari sendiri (hotel+supir+makan)?

fie said...

@Unknown

betul..saya dah terkena..boleh baca kisah saya..

maaf tuan rumah..nak tumpang bagi peringatan pada yang lain-lain..
Hati-hati memilih supir..saya sudah terkena.. kebanyakkan supir-supir yang tinggalkan no. di blog2 ni kebanyakkannya uruskan melalui whatsapp.. bukan mereka yang bawa..bila ada masalah, pandai2 la setle sendiri.. dua orang yang saya deal tp hasilnya mengecewakan.. deal dgn AHMAD ALIFA (+6281224962533 / +6285294466131).. bila dia tak cukup supir, dia bagi pada TONI (+6285861378323).. apa yang tak bagusnya? bila ada masalah, ALIFA lepas tangan sedangkan kita deal dgn dia.. TONI pula hantar budak dia pd sy yang tak bagus..jangan deal dgn supir2 yang tinggalkan no di blog2.. booking dgn company besar2 seperti HAYUKKA atau dengan HOTEL atau rekemen daripada kawan2.. boleh buka link dibawah dan baca cerita penuh..

https://www.facebook.com/notes/manjer-arissa/supir-bandung-kurang-ajar-ditinggalkan-tepi-jalan/999324720121210

Unknown said...

Salam. Nak tanya. How's the review on orange home syariah hotel. Jauh tak hotel tu from bandar? Pasar baru?

Singajaya Holiday | Bandung Vacation Agency said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said...

orange home tu ok lah kak Ain. x jauh n x dekat.
tapi kalo boleh bagi saran cari penginapan yang area pekan.
hotel orange ni kalo nasib kurang baik, jem nya teruk sangat