Friday, July 27, 2018

Majlis Pertunangan

Assalamualaikum


Entry kali ini cerita hari pertunangan aku. Sebenarnya berkali-kali aku dok fikir sama ada nak update pasal pertunangan aku ke tak. Bertunang je pun, bukan nikah. Lagipun dah lama sangat tak update blog. So, kali ini entry aku cerita pasal pertunangan aku dengan MH. Sebelum itu, takda apa pun yg nak dibanggakan, semua orang bertunang sebelum kahwin kan kan. Jadinya, aku harap jangan lah ada yg fikir aku ini nak bangga diri, menunjuk-nunjuk atau sebagainya. Cuma aku nak share moments aku dengan korang semua. Selamat membaca dengan hati yg gembira, gituuu! :)

Dah lama dah sebenarnya aku bertunang. Tapi tak ada lah lama sangat pun, bulan April haritu lah. 21 April 2018 tarikh  aku sah bertunang dengan MH.(tak perlulah mention nama penuh dia, cukup sekadar MH) Dalam kata lain, aku dah jadi tunangan orang. :) Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami berdua. Sebelum itu, mesti korang tertanya-tanya macam mana aku boleh kenal MH ? Sebab entry sebelum ini pun tak ada cerita pasal dia kan? Mana tak nya, lama sangat tak update blog. lol Di pendek kan cerita, aku kenal dia tahun lepas bulan April 2017 dekat wedding bff aku, Tasha. Dannn MH sepupu kepada bff aku sendiri. Menarik kan cerita kami? Dah nama nya jodoh. Kadang-kadang kita tak jangka jodoh kita dengan sepupu bff sendiri. Bulan October 2017 lepas aku balik bercuti dari jogja, terus dia bagitahu abah aku cakap nak merisik/bertunang tahun depan. Like seriously, masa itu aku tak tahu apa-apa pun plan dia. Awal tahun 2018, keluarga MH datang rumah. Sesi kenal mengenal antara satu sama lain. 

Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Kitaorang bertunang tak lama dalam tempoh 6 bulan. 3 bulan sebelum bertunang, aku dah listkan semua barang hantaran aku dengan MH. Macam aku, barang hantaran aku semua aku beli sendiri dan barang hantaran MH, dia akan beli sendiri. Bukan apa, lebih baik beli sendiri mengikut citarasa masing-masing. Al-maklumla, lelaki ini kan, kadang-kadang tak faham citarasa perempuan. :) Senang je nak organize majlis pertunangan rupanya. Catering, khemah semua parents aku  yg handle. Bab pelamin, goodies, baju tunang, mua dan photographer  aku yg handle. Tema pula warna cream+grey. Settle!

Majlis merisik dan bertunang buat sekali gus so dapat lah 2 cincin serentak. Cincin merisik disarungkan oleh aunty MH (kakak mama MH) dan cincin tunang mama MH yg sarungkan. Hanya Allah sahaja yg tahu perasaan itu, nervous satu badan masa sesi sarung cincin. Mengigil satu badan kau! Tak boleh nak control masa itu, semua dok tengok kearah kau. Terasa retis kejap. Hahah 1st time kan, nervous dia tu lain macam. Bermula lah sesi gambar Bersama tunangan orang. lol ! 

Last but not least, terima kasih mak abah sebab bagi bertunang dengan MH. Special thanks to family member for making my majlis smooth! Terima kasih juga kepada semua yg sudi menjayakan majlis kami. Terima kasih photographer sebab berjaya memberi ilusi gambar yg nampak gah gitu. Padahal biasa-biasa je. :) Terima kasih atas doa kalian. Truly appreciate.


 


Catering : D Seri Pandan Katering
Photographer : RedApple.photography (FB)
Pelamin : Chantiqueindahouse (FB & IG)
Mua : touchbyerieynkarim (IG)
Veil : Raudhah MY (FB & IG)

Thank you for reading , Bye !

No comments: